Ramai jemaah haji Indonesia terkandas gagal dapat visa

Ramai jemaah haji Indonesia terkandas gagal dapat visa

JAKARTA, 25 Ogos (Bernama) – Ramai jemaah haji negara ini tidak dapat berlepas ke Tanah Suci kerana gagal mendapat visa di saat-saat akhir. Media tempatan melaporkan ratusan jemaah haji terkandas setiap hari danb ditempatkan sementara di kompleks haji wilayah masing-masing.

Stesen televisyen Metronews memetik Timbalan Ketua Komisi Dewan PerwakilanRakyat, Sodik Mudjahid sebagai berkata, Kementerian Agama harus bertanggungjawabatas masalah yang timbul kerana pada setiap hari kira-kira 10 hingga 15 peratus jemaah haji tidak dapat berangkat kerana masalah visa.

Sodik berkata, Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin tidak seharusnyamenuding jari kepada Kedutaan Arab Saudi kerana kegagalan mengeluarkan visa walaupun pengurusan haji telah dibuat awal lagi.

“Masalahnya ada di Kementerian Agama… mereka tidak melakukan koordinasi dengan kedutaan dan tidak melakukan input data yang benar,” katanya.

Katanya, sistem pengurusan haji terbaharu yang dikenali sebagai e-Haji sepatutnya memudahkan pengurusan jemaah haji tetapi masalah mungkin timbul kerana kerajaan kekurangan sumber manusia di Badan Penyelenggara Ibadah Haji.

“Faktanya di negara lain seperti Malaysia, Turki dan sebagainya sistem e-Haji telah mempermudah semuanya,” kata Sodik.

Seramai 168,800 umat Islam Indonesia akan berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini dan setakat ini kira-kira 3,000 jemaah telah berlepas sejak seminggu lepas.

Lukman sebelum ini dilaporkan telah memohon maaf kepada jemaah yang mengalami masalah penundaan jadual ke Tanah Suci kerana masalah visa.

“Ini adalah sesuatu yang di luar dugaan dan kuasa kami.

Kami sudah melakukan yang terbaik tetapi tetap ada jemaah yang keberangkatannya terpaksa ditunda.

“Oleh itu, kami mohon maaf kepada jemaah dan keluarga mereka,” katanya.

Beliau mendakwa masalah pengeluaran visa itu timbul kerana kerajaan Arab Saudi membuat perubahan dengan memperkenalkan e-haji.