Ramai lagi penduduk Syria akan dipindahkan

Ramai lagi penduduk Syria akan dipindahkan

BEIRUT, 2 Sept – Pemberontak dan kumpulan berani mati berjuang tentera pro-kerajaan di tengah wilayah Syria, Hama semalam apabila duta PBB di negara itu memberi amaran bahawa lebih ramai orang akan terpaksa dipindahkan dari bandar-bandar kepungan rejim itu.

Balai Cerap Syria bagi kumpulan pemantauan Hak Asasi Manusia berkata sekurang-kurangnya 25 orang awam, termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara kerajaan ketika pertempuran tercetus di Hama, selatan wilayah Idlib yang dikuasai pembangkang.

Kumpulan anti-kerajaan, termasuk berani mati dan Sunni Islam, melancarkan serangan di Hama pada Isnin lalu yang bertujuan untuk mengambil semula lapangan terbang, di mana helikopter rejim biasanya terbang untuk menentang pejuang pembangkang.

Gambar serahan Syria Press Center (SPC), sebuah kumpulan media anti kerajaan, menunjukkan para penyelamat mengggunakan jentera berat mengalihkan sebuah van yang terbakar akibat serangan udara yang melanda Bandar Suran di wilayah Hama, Syria, kelmarin, membunuh berbelasan jiwa. – AP

“Mereka berada kira-kira 10 kilometer (km) dari lapangan terbang” di Hama, bandar keempat terbesar di Syria, kata Pengarah Balai Cerap, Rami Abdel Rahman, dimana kumpulan itu bergantung pada rangkaian sumber yang luas di dalam Syria.

Pemberontak juga mungkin berusaha untuk meringankan tekanan ke atas pejuang pembangkang di bandar kedua medan pertempuran, Aleppo dengan mengganggu tentera rejim jelang rundingan damai yang telah dicadangkan.

Duta PBB Syria Staffan de Mistura mencela ‘strategi’ kerajaan Syria untuk memaksa penduduk Daraya – sebuah bandar yang dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik yang mengalami pengepungan selama empat tahun – dan memberi amaran kepada bandar-bandar lain yang kemungkinan mengalami nasib yang sama. – AFP