Ramai yang tertipu dalam talian

Ramai yang tertipu dalam talian

SYDNEY, 18 Mei – Ramai warga Australia telah ditipu Aus$82 juta tahun lalu, dengan penipuan janji temu online diperkira kerugian terbesar, pengawal atur persaingan mendedahkan hari ini.

Lebih 91,000 aduan penipuan diterima dalam tahun 2014, perangkaan dari Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) menunjukkan.

Sementara kerugian menurun lapan peratus dari tahun sebelumnya, sepersepuluh mereka yang melaporkan menjadi sasaran penipuan lebih Aus$10,000 dan bagi 14 orang, kerugian melebihi Aus$500,000.

Timbalan Pengerusi ACCC Delia Rickard berkata kebanyakan orang tertarik dengan penipuan berasaskan percintaan, dengan penipu meraih Aus$28 juta dengan menipu orang sehingga mereka menghantar wang kepada peminat palsu.

Ini diikuti dengan skim pelaburan cepat kaya, meskipun ACC berkata kerugian sebenar mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan kerana ramai orang mungkin tidak menyedari mereka telah diperdaya atau terlalu malu untuk mengakuinya.

“Wujud tanggapan salah biasa bahawa mangsa penipuan mudah terperdaya dan tamak,” kata Rickard.

“Sesiapa pun boleh menjadi mangsa penipuan dan dalam kehidupan, kita semuanya kadang kalanya mudah terdedah kepada individu berniat jahat untuk mengambil kesempatan daripada ciri-ciri lebih baik kita atau kesilapan biasa.”

Yang mengejutkan, kebanyakan penipuan yang dilaporkan – 53 peratus – adalah dipancing melalui telefon, menerusi panggilan atau pesanan ringkas, manakala 38 peratus secara online. – AFP