Ramirez tewaskan protege Mayweather

Ramirez tewaskan protege Mayweather

RIO DE JANEIRO, 21 Ogos – Peninju Cuba, Robeisy Ramirez menewaskan anak didik bintang tinju Amerika Syarikat (AS), Floyd Mayweather untuk memenangi pingat emas Olimpik dalam kategori bantamweight di Rio, awal pagi hari ini.

Atlet AS, Shakur Stevenson yang akan mengubah haluannya untuk menjadi profesional bersama Mayweather selepas Olimpik terpaksa akur dengan kekalahan apabila tewas dengan perbezaan mata dengan Ramirez.

Ramirez, 22 sebelum ini adalah pemenang emas di Olimpik London, 2012 dalam kategori flyweight.

Emas dimenangi Ramirez adalah yang ketiga buat Cuba di gelanggang tinju dan selepas 30 minit kemenangannya, rakan senegara, Arlen Lopez turut meraih emas dalam kelas middleweight.

pg24_160822_olympic logo

Ramirez (kiri) semasa bertarung dengan Stevenson dalam kategori bantamweight di Sukan Olimpik Rio 2016. – AP
Ramirez (kiri) semasa bertarung dengan Stevenson dalam kategori bantamweight di Sukan Olimpik Rio 2016. – AP

Cuba kini sudah memiliki enam pingat di Rio untuk meletakkan mereka di tangga kedua di belakang AS dalam senarai pungutan pingat di Olimpik.

“Ya saya rasa seperti ditekan kerana perkara selalu menjadi tidak dijangka dalam Olimpik,” kata Lopez ketika ditanya sama ada Cuba tidak menepati sasaran sebelum dia memasuki ke gelanggang dan menang.

“Kami berjaya untuk mengekalkan mentaliti kami sepanjang pertarungan. Secara psikologi, kami kuat.”

Cuba sebelum ini dijangka gagal mempertahankan status mereka di Olimpik selepas dua juara dunia dari negara itu, Lazaro Alvarez dan Joahnys Argilagos tewas di peringkat separuh akhir ketika kemenangan dijangka memihak mereka. – AFP