Ramos rehat enam minggu

Ramos rehat enam minggu

MADRID, 11 Okt – Sergio Ramos (gambar) bakal diketepikan kira-kira enam minggu kerana mengalami kecederaan lutut ketika beraksi bersama pasukan Sepanyol.

Kelab Real Madrid berkata, keputusan ujian ke atas Ramos semalam menunjukkan pertahanan itu terseliuh ligamen lutut kiri.

Real berkata, keadaan pemainnya itu ‘akan terus dinilai’ tetapi pemain yang mengalami kecederaan sebegitu biasanya perlu berehat sebulan atau setengah bulan untuk pulih.

Dia kemungkinan terlepas enam perlawanan bersama Real Madrid, empat dalam aksi liga Sepanyol dan dua Liga Juara-Juara yang mana kedua-duanya bertemu Legia Warsaw.

Apapun, masih belum pasti sama ada dia akan kembali cergas untuk perlawanan tetangga berdepan Atletico Madrid, 20 November ini.

Ramos terpaksa digantikan pada baki 10 minit terakhir ketika Sepanyol meraih kemenangan 2-0 ke atas Albania dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 di Russia, Ahad lalu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA