Rampasan terbesar meth di Australia

Rampasan terbesar meth di Australia

SYDNEY, 15 Feb – Polis Australia telah merampas methamphetamine, atau ais, bernilai lebih daripada Aus$1 bilion, ada di antaranya disembunyikan dalam sisipan untuk coli dalam salah satu rampasan dadah terbesar negara, kata pihak berkuasa hari ini.

Tiga warga Hong Kong dan seorang warga China ditahan ketika operasi bersama dengan China yang digambarkan oleh Menteri Keadilan Michael Keenan sebagai rampasan terbesar methamphetamine cecair dalam sejarah Australia.

“Ia telah membawa kepada 3.6 juta rampasan ais individu daripada jalan kami dengan nilai di pasar gelap sebanyak Aus$1.26 bilion,” kata beliau.

“Rampasan methamphetamine cecair terbesar setakat ini merupakan hasil penjenayah terancang, menyasarkan pasaran ais Australia dari luar pesisir.”

Komander Polis Persekutuan Australia Chris Sheehan berkata operasi bermula pada Disember 2015 apabila Pasukan Sempasan Australia memeriksa satu kontena kapal keluar dari Hong Kong di Sydney. Ia berasal di China.

Polis sempadan berdiri berhampiran rampasan methamphetamine yang disembunyikan dalam pakej-pakej termasuk bra di ibu pejabat Polis Persekutuan Australia di Sydney, 15 Februari. Lebih daripada Aus$1 bilion nilai meth dirampas dalam operasi itu. –AFP
Polis sempadan berdiri berhampiran rampasan methamphetamine yang disembunyikan dalam pakej-pakej termasuk bra di ibu pejabat Polis Persekutuan Australia di Sydney, 15 Februari. Lebih daripada Aus$1 bilion nilai meth dirampas dalam operasi itu. –AFP

“Kontena kapal tersebut didapati mengandungi sisipan coli bergel dan tersembunyi di dalam sisipan coli bergel berkenaan adalah 190 liter methamphetamine cecair,” kata beliau.

Rampasan dirujuk kepada Polis Persekutuan Australia yang memulakan siasatan yang membawa kepada 530 liter methamphetamine cecair tambahan di lima unit simpanan di Sydney di mana mereka ditemui dalam bekalan lukisan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA