Ranau dilanda tiga gempa kecil

Ranau dilanda tiga gempa kecil

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) – Tiga gempa bumi kecil melanda Ranau hari ini – pertama pada 10.54 pagi, kedua

5.33 petang dan ketiga pada 6.26 petang, menurut Jabatan Meteorologi.

Gempa pertama berukuran 3.5 pada skala Richter, berpusat di 22km ke barat bandar Ranau; kedua, berukuran 4.3, 10km ke barat laut bandar itu, dan ketiga, berukuran 2.6, 11km ke barat bandar tersebut.

Gegaran daripada gempa itu dirasakan di Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kundasang, jelas kenyataan itu.

Gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau pada 5 Jun, mengorbankan 18 nyawa.