Rancang bekal senjata tingkat keselamatan sekolah

WASHINGTON, 12 Mac – Pentadbiran Presiden Donald Trump akan mempertingkatkan bantuan ke negeri-negeri yang mahu membekalkan senjata kepada pekerja sekolah di bawah rancangan untuk meningkatkan keselamatan kampus berikutan insiden pembunuhan 17 orang di Florida, menurut pegawai semalam.

Idea berkontroversi untuk meletakkan senjata di sekolah, yang tidak banyak mendapat sokongan daripada pendidik adalah sebahagian daripada “pelan pragmatik untuk meningkatkan keselamatan di sekolah dan mengambil langkah untuk melakukannya dengan serta-merta,” kata Setiausaha Pendidikan Betsy DeVos menerusi panggilan persidangan bersama wartawan.

“Kami komited untuk bekerja dengan serta-merta disebabkan tidak ada masa untuk dibazirkan,” kata DeVos, yang akan mempengerusikan satu suruhanjaya persekutuan mengenai keselamatan di sekolah.

Antara langkah yang dicadangkan oleh pentadbiran Trump ialah menyeru negeri-negeri supaya meluluskan ‘arahan perlindungan berisiko’ sementara seperti yang dilakukan oleh Florida baru-baru ini dengan bantuan teknikal datang dari Washington, ujar Andrew Bremberg, penolong presiden yang mengetuai Majlis Dasar Domestik.

Gambar fail menunjukkan Betsy DeVos bercakap semasa si-dang media ketika lawatan ke Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Doughkas di Coral Springs, Florida. – AP

Arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah ini membenarkan pegawai penguatkuasaan undang-undang “untuk menggugurkan senjata daripada orang yang menimbulkan ancaman, ‘untuk menghalang individu sedemikian daripada membeli senjata api baharu, sementara melindungi hak individu,” tambahnya.

Tindakan tersebut diambil ketika perdebatan mengenai kawalan senjata yang diadakan oleh mangsa pembunuhan bulan lalu di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas, yang mana seramai 14 orang pelajar dan tiga kakitangan ditembak mati oleh seorang lelaki dengan senapang separa automatik.

Chuck Schumer, pemimpin Demokratik Senat berkata menerusi Twitter dia mengetepi langkah pentadbiran sebagai “langkah kecil yang bertujuan untuk tidak mengganggu @NRA,” lobi Persatuan Senapang Nasional.

“Pentadbiran akan bekerjasama dengan negeri-negeri untuk menyediakan latihan senjata api kepada kakitangan sekolah yang layak,” kata Bremberg. – AFP