Rancang lebih banyak kerja kemasyarakatan

Rancang lebih banyak kerja kemasyarakatan

Oleh Na’ila Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Pelbagai acara dan cadangan telah dibincangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 Harley Owners Group Brunei (HOGB) di Starlodge Hotel, Jerudong, kelmarin. Dalam mesyuarat berkenaan, ketua-ketua pelbagai jawatankuasa telah memaklumkan kepada lebih 50 orang ahli HOGB mengenai beberapa acara akan datang, belanjawan dan perbincangan mengenai cadangan serta cabaran yang mereka hadapi.

“Ia menjadi satu cabaran dalam dekad ini tetapi, Alhamdulillah tahun ini pelbagai cabaran berjaya diharungi sejak ia ditubuhkan pada tahun 2006,” kata Pengarah HOGB, Pengiran Joffren bin Pengiran Omar.

Beliau berkata, objektif utama HOGB adalah menunggang untuk keseronokan tanpa berkaitan dengan politik, samseng, perkauman dan kebencian.

“Kami hidup dengan prinsip persaudaraan di mana kami menunggang bersama-sama dan berdiri bersama-sama pada masa susah dan senang,” katanya.

Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 Harley Owners Group Brunei (HOGB) yang diadakan di Starlodge Hotel, Jerudong, baru-baru ini.
Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 Harley Owners Group Brunei (HOGB) yang diadakan di Starlodge Hotel, Jerudong, baru-baru ini.

Antara cadangan lain pada mesyuarat itu adalah merancang untuk melakukan lebih banyak kerja kemasyarakatan dan membuat lebih banyak promosi untuk menarik lebih ramai ahli baru.

Acara yang telah dirancang sempena ulang tahun ke-10 HOGB tahun ini termasuk Majlis Doa Kesyukuran dan konvoi ke Kota Kinabalu bulan depan.

HOGB telah ditubuhkan untuk menggalakkan persaudaraan yang lebih berorientasikan nilai kekeluargaan bagi mengikis imej budak jahat yang sering dikaitkan dengan Harley.

ARTIKEL YANG SAMA