Rancangan AS tutup penjara tentera

Rancangan AS tutup penjara tentera

WASHINGTON, 4 Nov (Reuters) – Rancangan baru AS untuk menutup penjara tentera di Teluk Guantanamo, Cuba mungkin didedahkan dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan kebanyakan risiko bukan saja pada Presiden Barack Obama tetapi juga ketua cegah keganasan beliau, Lisa Monaco. Sebagai pegawai tertinggi Jabatan Pengadilan dalam tahun 2009, Monaco telah dipanggil ke Bilik Situasi, Rumah Putih dalam beberapa minggu pertama tempoh kepimpinan Obama untuk membincangkan bagaimana untuk memenuhi janji kempen beliau untuk menutup penjara itu yang telah mengundang kecaman seluruh dunia.

Hampir tujuh tahun kemudian, kebanyakan mereka yang hadir pada mesyuarat pertama telah meninggalkan kerajaan, tetapi Moncao masih ada lagi dan bertanggung jawab menyelesaikan tugas yang belum selesai itu. Rancangan baru itu, yang akan mengikut cubaan sebelumnya yang telah gagal, akan menutup penjara itu yang dianggap oleh Obama sebagai simbol penganiayaan tahanan dan penahanan tanpa dakwaan yang membawa kerosakan yang telah beliau warisi dari Presiden Republikan George W Bush.

Para pegawai kanan pentadbiran memberitahu Reuters rancangan akan didedahkan awal November. Obama, seorang Demokrat, tetap berpendirian keras untuk menutup Guantanamo sebelum penggantinya mengambil alih pada tahun 2017, yang memberikan Monaco, 47, salah satu cabaran terbesar dalam kariernya.

Bahagian luar Kem Delta dilihat di Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Guantanamo Bay. – Reuters
Bahagian luar Kem Delta dilihat di Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Guantanamo Bay. – Reuters

“Saya tidak boleh mengatakan dengan pasti bahawa kami 100 peratus akan berjaya, tetapi saya boleh menyatakan kami akan berusaha sedaya upaya,’ kata Susan Rice. Penasihat keselamatan kebangsaan Obama, dalam satu temu bual.

Monaco telah membentangkan elemen penting rancangan itu. ia akan memindahkan tahana-tahanan yang layak ke negara-negara asing; menghukum mereka yang boleh dihukum; dan memindahkan tersangka-tersangka keganasan asing yang tidak boleh dihukum tetapi dianggap terlalu berbahaya untuk dibebaskan, ke kemudahan di AS, satu pilihan yang kini ditegah oleh undang-undang.