Rancangan EU dibandingkan dengan Hitler

Rancangan EU dibandingkan dengan Hitler

LONDON, 15 Mei (dpa) – Bekas datuk bandar London, Boris Johnson berkata Kesatuan Eropah (EU) cuba untuk menyatukan bloc di bawah satu “autoriti,” seperti apa pemimpin Nazi, Adolf Hitler, dalam satu temu bual bersama media Britain.

“Napolean, Hitler, beberapa orang telah mencuba sebegini, dan ia berakhir secara tragis,” ujar ahli politik Konservatif lantang itu, yang berkempen bagi Britain untuk meninggalkan EU pada pungutan suara 23 Jun.

“Pihak EU mencuba perkara sebegini dengan kaedah-kaedah berlainan,” dia mengakui dalam satu temu bual dengan Daily Telegraph yang disiarkan pada lewat Sabtu.

“Pada dasarnya apa yang kurang adalah masalah yang kekal, bahawa tidak ada kesetiaan asas kepada idea Eropah,” katanya.

“Tiada sebarang pihak berkuasa yang sesiapapun hormati atau fahami. Itu yang menyebabkan demokrasi tidak sah secara besar-besaran ini.”

Bekas datuk bandar London, Boris Johnson ketika tiba di Downing Street London bagi menghadiri mesyuarat. - AP
Bekas datuk bandar London, Boris Johnson ketika tiba di Downing Street London bagi menghadiri mesyuarat. – AP

Manakala kempen penyokong kekal ke dalam EU dengan pantas bertindak balas, dengan bekas menteri kabinet Yvette Cooper dari Parti Buruh menuduh Johnson memainkan satu “permainan yang jahat,” menurut laporan Associated Press.

“Lebih banyak dia mengatakan dengan dakwaan histeris sebegini, lebih banyak dia mendedahkan kurangnya penghakimannya,” dia dipetik sebagai berkata.

“Dia sepatutnya tidak mencuba permainan politik dengan menyentuh bab yang paling gelap dan paling jahat dalam sejarah Eropah.”

Pertikaian itu adalah yang terbaru dalam pertandingan yang telah dilihat sebagai satu pergelutan bagi kepimpinan dalam Parti Konservatif. Perdana Menteri David Cameron berkemungkinan akan berada di bawah tekanan untuk meletak jawatan jika undian-undian awam bulan depan memilih untuk keluar dari EU.