Rancangan Trump boleh menjejaskan harga minyak

Rancangan Trump boleh menjejaskan harga minyak

WASHINGTON, 15 Nov – Presiden dipilih Donald Trump telah berikrar akan merangsang sektor minyak dan gas dan mengembalikan arang batu, mengubah usaha Presiden Barack Obama untuk menggalak tenaga yang boleh diperbaharui dan mengurang kebergantungan pada bahan api fosil.

Namun penganalisis berkata dasar Trump mungkin memburukkan lagi kemelesetan minyak global, yang akan mengurangkan minyak sementara tidak banyak membantu dalam memulih kekayaan “Arang Batu Besar.” Trump tidak merahsiakan sokongannya ke atas bahan api fosil. Penasihat dasar beliau termasuk pelobi industri minyak terkenal, Harold Hamm, dan ahli kongres Dakota Utara Kevin Cramer.

Trump telah berjanji akan menghapus peraturan yang mengehad usaha mencari gali minyak, menyokong pembinaan saluran paip minyak dan gas, termasuk projek utama Keystone XL yang disekat oleh pentadbiran Obama, membuka tanah perskeutuan dan kawasan luar pesisir untuk usaha mencari gali, termasuk Alaska, dan menamatkan Pelan Tenaga Bersih Obama 2015, yang bertujuan mengurangkan penghasilan tenaga yang menggunakan arang batu.

Gambar fail 24 Ogos 2016 menunjukkan Donald Trump (kanan), mengalu-alukan pemimpin Parti Kemerdekaan United Kingdom, Nigel Farage (kiri), semasa perhimpunan kempen beliau di Mississippi Coliseum di Jackson, Mississippi. Penganalisis berkata dasar Trump mungkin memburukkan lagi kemelesetan minyak global. - AFP
Gambar fail 24 Ogos 2016 menunjukkan Donald Trump (kanan), mengalu-alukan pemimpin Parti Kemerdekaan United Kingdom, Nigel Farage (kiri), semasa perhimpunan kempen beliau di Mississippi Coliseum di Jackson, Mississippi. Penganalisis berkata dasar Trump mungkin memburukkan lagi kemelesetan minyak global. – AFP

“Penghasilan lebih banyak tenaga Amerika menjadi dasar utama pelan saya untuk menjadikan Amerika kaya sekali lagi,” beritahu Trump pada persidangan mencari gali minyak pada September. “Saya akan membatalkan sekatan ke atas tenaga Amerika dan membenarkan kekayaan ini dicurah kepada komuniti kami.”

Namun penganalisis berkata pelan beliau mungkin memburukkan lagi bekalan berlebihan dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA