Rang Undang-undang keselamatan diteruskan

Rang Undang-undang keselamatan diteruskan

TOKYO, 18 Sept (AFP) – Jepun dijangka meluluskan rang undang-undang keselamatan hari ini yang akan membenarkan tentera bertempur di negara asing untuk kali pertama sejak Perang Dunia Kedua, meskipun menerima kritikan bahawa ia akan membentuk semula negara pencinta damai itu.

Gabungan pemerintah Perdana Menteri Shinzo Abe mahu mengundi rang kontroversi itu menjadi undang-undang selepas perdebatan hangat selama beberapa hari yang kadang kala bertukar menjadi pergelutan.

Beratus orang berkumpul di depan parlimen di Tokyo hari ini dalam rapat saat-saat terakhir untuk menentang undang-undang tersebut, yang mungkin melihat peralihan terbesar dalam dasar pertahanan Jepun selama setengah abad.

Berpuluh ribu orang, tua dan muda, telah membanjiri jalan raya selama beberapa minggu dalam rapat yang diadakan hampir setiap hari, menunjukkan kemarahan awam pada skala yang jarang dilihat di Jepun.

Perhimpunan demonstrasi menentang kontroversi Rang undang-undang Keselamatan Shinzo Abe di Tokyo semalam. – AFP
Perhimpunan demonstrasi menentang kontroversi Rang undang-undang Keselamatan Shinzo Abe di Tokyo semalam. – AFP

“Rang undang-undang adalah bercanggahan dengan perlembagaan. Ia adalah satu undang-undang yang tidak menghormati nyawa orang,” kata Hozumi Wada, 70 tahun, yang berkata beliau akan membantah untuk kali pertama sejak beliau menjadi pelajar.

“Saya mahu berusaha sedaya upaya,” katanya, memegang pelekat yang berbunyi: “Tidak Ada Peperangan.”

Abe mahu pemulihan dalam kedudukan tentera Jepun, yang telah terbatas kepada pertahanan diri dan misi bantuan oleh perlembagaan pencinta damai yang dikenakan oleh AS selepas Perang Dunia Kedua.

Beliau dan menyokongnya berkata perubahan adalah perlu disebabkan ancaman yang semakin meningkat daripada China dan Korea Utara.