Range Rover Evogue lebih bergaya

Range Rover Evogue lebih bergaya

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei, telah melancarkan kereta SUV kompak baru Range Rover Evoque 2016 untuk pasaran negara ini di majlis yang berlangsung di Lobi Kompleks Setia Kenangan, Kiulap, hari ini.

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Perbankan Runcit Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Imran Samee; Timbalan Ketua Perbankan Runcit BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Ja’afar; Pengurus Eksekutif Kanan, Jualan, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Indera Motors Sdn Bhd, Dayang Noormala binti Othman serta lebih daripada 150 jemputan lain Indera Motors dan pelanggan-pelanggan perbankan Perdana Privilege BIBD.

Pelancaran Range Rover Evoque 2016 tersebut memperkenalkan rekaan dalaman dan luaran Evoque terbaru yang lebih menawan dan menarik bukan sahaja tampak lebih bergaya tetapi memperkenalkan pelbagai ciri-ciri moden.

Range Rover Evoque yang mengetengahkan rekaan dan buatan badan kenderaan yang menggunakan bahan berteknologi tinggi dan ringan itu juga dipertingkatkan lagi dengan kekuatan bahan struktur rangka kenderaan berkenaan.

pg08_160130_c

    Hajah Nurul Akmar dan Dayang Noormala ketika melancarkan keluaran terbaru Range Rover.
Hajah Nurul Akmar dan Dayang Noormala ketika melancarkan keluaran terbaru Range Rover.

 

Para tetamu Indera Motors dan pelanggan perbankan Perdana Privilege BIBD yang hadir bagi menyaksikan keluaran terbaru tersebut.
Para tetamu Indera Motors dan pelanggan perbankan Perdana Privilege BIBD yang hadir bagi menyaksikan keluaran terbaru tersebut.
Imran Samee ketika hadir pada majlis pelancaran tersebut.
Imran Samee ketika hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Dari segi kuasa enjin, Evoque terbaru itu menggunakan enjin petrol empat silinder aluminium 240 PS Si4 yang memberikan kuasa maksimum dengan prestasi hebat dan efisien yang dilengkapi dengan sistem teknologi ‘stop-start’ yang terkini.

Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan sistem sentuhan info-hiburan yang baru, InControl Touch, di mana skrin sentuh bagi sistem berkenaan mempunyai resolusi yang lebih tinggi dengan sistem speaker yang lebih canggih.

Evoque terbaru itu tampil dengan dua spesifikasi yang berbeza iaitu Range Rover Evoque Pure dan Range Rover Evoque HSE Dynamic.

Bagi mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat ciri-ciri terkini dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai dengan Range Rover Evoque 2016, bolehlah berkunjung ke Dewan Pameran Jaguar dan Land Rover di Lambak Kanan yang dibuka pada hari Isnin hingga Khamis bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang, Jumaat bermula pada pukul 8 hingga 11:30 pagi dan dari pukul 2:30 hingga 5 petang dan Sabtu bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin menyaksikan kenderaan tersebut pada hari Ahad perlu membuat tempahan. Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang, www.landrover.com.bn atau menghubungi talian 2391000.

ARTIKEL YANG SAMA