Rangka korban perang Vietnam disemadikan

Rangka korban perang Vietnam disemadikan

SYDNEY, 2 Jun – Rangka anggota tentera Australia yang terkorban dalam Perang Vietnam dan keluarga mereka telah pulang ke Sydney hari ini dalam upacara pengebumian rasmi, setengah abad selepas mereka dikebumikan di Malaysia dan Singapura.

Tiga puluh tiga rangka, dikebumikan di Tanah Perkuburan Terendak, Malaysia dan Tanah Perkuburan Perang Kranji, Singapura, telah dibawa ke tanah air dalam keranda yang ditutup bendera dengan menaiki dua buah pesawat udara C 17 Globemaster milik Angkatan Tentera Udara Diraja Australia.

Hampir 60,000 kakitangan tentera Australia bertempur bersama-sama AS di Vietnam, dengan 521 orang terkorban. Semua rangka telah dipulangkan ke Australia, melainkan 36 rangka di Malaysia dan Singapura.

Pada Mei tahun lalu, perdana menteri pada ketika itu Tony Abbott menawarkan penghantaran pulang kepada anggota keluarga, dengan rangka 25 orang anggota tentera, termasuklah 22 askar yang terkorban dalam Perang Vietnam dan lapan orang tanggungan kini kembali ke Australia.

Tiga lagi tentera terkorban dalam pertempuran menentang para pemberontak komunis di Malaysia, menurut Muzium Tentera, yang mengawasi Tanah Perkuburan Tentera Terendak. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA