Rangkaian DST alami gangguan

Rangkaian DST alami gangguan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 26 Nov – DST memaklumkan bahawa perkhidmatan rangkaian 2G, 3G dan 4G serta Trunk Radio telah mengalami gangguan di beberapa kawasan Belait, Seria, Sungai Liang dan Tutong.

Punca gangguan ini masih dalam siasatan dan DST sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan untuk semua pelanggannya yang terjejas dengan segera, menurut kenyataan DST yang dikeluarkan di sini.

Sehubungan itu, DST turut memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas dan menyatakan ribuan terima kasih kepada mereka atas kesabaran dan sokongan yang berterusan.