Rangkaian kereta api Filipina isu sijil kelambatan

Rangkaian kereta api Filipina isu sijil kelambatan

MANILA, 23 Jun (AFP) – Rangkaian kereta api bandar Filipina yang usang akan mula mengeluarkan sijil kelambatan kepada berpuluh-puluh ribu yang terlambat pergi bekerja kerana kerosakan setiap hari, menurut kerajaan hari ini.

Dengan hanya tujuh buah kereta bagi setengah juta penumpang, Metro Rail Transit Manila (MRT) adalah mimpi ngeri pengulang alik dan kereta api yang berkeriang-keriut berhenti di pertengahan landasan semakin kerap berlaku.

“Ini adalah langkah telus. Orang ramai layak untuk mengetahui apakah masalah yang berlaku, apa saja yang boleh mengakibatkan penghentian, akibat landasan yang patah hinggalah alat penyaman udara yang berhenti berfungsi,” jurucakap jabatan pengangkutan Michael Arthur Sagcal memberitahu AFP.

Bagaimanapun ‘laporan kejadian itu’ hanya akan mengesahkan punca kelambatan dan tidak akan menjadi surat alasan bagi kelambatan, kata Sagcal.

“Terpulang kepada individu yang meminta bagaimana untuk menggunakannya,” katanya, apabila ditanya jika dokumen itu boleh digunakan sebagai surat alasan.

Pengulang alik berjalan di landasan atas kereta api beberapa tingkat tingginya di sebelah kereta api yang tersadai adalah pemandangan biasa di bandar yang sesak dengan 12 juta penduduk. MRT yang usang juga berbahaya. Pada Ogos tahun lalu, berbelas-belas orang cedera selepas sebuah kereta api melewati landasannya lalu merempuh lebuh raya yang sibuk.

Rancangan pemulihan infrastruktur yang bernilai berbilion-bilion dolar oleh Presiden Benigno Aquino begitu perlahan dan hanya tinggal setahun lagi sebelum beliau meletak jawatan Jun depan.

Apabila ia dibuka pada lewat 1990an, MRT mempunyai 20 buah kereta api yang beroperasi, tetapi tahun-tahun pengabaian yang semakin teruk akibat pertengkaran antara kerajaan dan rakan swastanya, telah mengurangkan bilangan ini kepada tujuh buah kereta api.

ARTIKEL YANG SAMA