Ranieri belum rasa selesa

Ranieri belum rasa selesa

LEICESTER, 4 April (AFP) – Meskipun Leicester semakin selesa di puncak Liga Perdana Inggeris, pengendalinya, Claudio Ranieri masih belum mahu mendabik dada dan kelihatan tenang selepas pasukannya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Southampton, awal pagi tadi.

Kemenangan hasil tandukan kapten pasukan Wes Morgan pada minit ke-38 memberikan pasukan itu 12 mata di depan carta keseluruhan tatkala musim berbaki enam perlawanan bagi melengkapkan kejuaraan mereka.

Dan biarpun bandar Leicester kini mula bergembira namun Ranieri enggan membiarkan keseronokan itu mengganggunya dan juga pasukan.

“Penyokong harus percaya yang mereka perlu bergembira untuk musim ini tetapi kami perlu sentiasa merendah diri,” katanya.

“Ini kerana, sekiranya kamu masih ingat dengan perlawanan terakhir sebelum ini, kesemua perlawanan adalah sangat sukar.

Ranieri ketika meraikan kemenangan pasukannya bersama Wes Morgan semasa menentang Southampton pada perlawanan yang lalu di Stadium King Power. Meskipun Leicester semakin selesa di liga teratas, Ranieri tidak mahu mendabik dada dan merasa tenang. – Reuters
Ranieri ketika meraikan kemenangan pasukannya bersama Wes Morgan semasa menentang Southampton pada perlawanan yang lalu di Stadium King Power. Meskipun Leicester semakin selesa di liga teratas, Ranieri tidak mahu mendabik dada dan merasa tenang. – Reuters

“Bayangkan sekiranya pertemuan dengan Sunderland Ahad ini, apa yang bakal berlaku? Satu lagi pertarungan dan kami perlu fokus.”

Kemenangan itu juga amat bermakna buat pengerusi kelab dari Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha yang menyambut hari lahirnya hari ini.

Vichai hadir menyaksikan perlawanan itu dan Ranieri berkata, “Pengerusi gembira. Kami menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ untuknya di dalam bilik persalinan sebelum perlawanan bermula dan saya meminta pemain menghadiahkan ‘tiga mata’ buatnya.”

ARTIKEL YANG SAMA