Ranieri bimbang fokus Mahrez terganggu

Ranieri bimbang fokus Mahrez terganggu

LONDON, 1 Ogos – Pengurus Leicester City, Claudio Ranieri mengakui bimbang Riyad Mahrez akan terganggu berikutan laporan berterusan mengaitkan pemain itu dengan perpindahan ke Arsenal.

Pengurus dari Itali itu percaya spekulasi yang berterusan memberi kesan ke atas keupayaan pemain sayap Algeria itu untuk kekal fokus menjelang musim baharu.

Mahrez beraksi cemerlang bersama skuad juara Liga Perdana musim lalu, menyumbang 17 gol dan mem-bantu mencipta 11 jaringan pasukan itu bagi merangkul Anugerah Pemain Terbaik PFA. Ranieri sudah mengakui bahawa pemain berusia 25 tahun itu dipengaruhi oleh khabar angin.

Claudio Ranieri melihat pemain beliau semasa sesi latihan sebelum perlawanan International Champions Cup (ICC) menentang Paris Saint Germain, di StubHub Center di Carson, California Jumaat lalu. – AFP
Claudio Ranieri melihat pemain beliau semasa sesi latihan sebelum perlawanan International Champions Cup (ICC) menentang Paris Saint Germain, di StubHub Center di Carson, California Jumaat lalu. – AFP

“Mungkin Riyad sedikit terganggu dengan semua khabar angin dan spekulasi ini. “Tetapi, ia juga memberi pengalaman kepada pemain saya. Ia penting untuk dia memahami betapa dia harus kekal bersama kami.

“Dia sudah meningkatkan kecergasan dan bermain dengan baik bersama pasukan musim lalu,” kata Ranieri kepada pemberita pada sidang akhbar. Kontrak semasa Mahrez dengan Leicester sehingga Jun 2019.

The Foxes sudah melalui fasa pemain masuk dan keluar pada jendela perpindahan setakat ini, kehilangan N’Golo Kante kepada Chelsea tetapi berjaya memujuk Jamie Vardy daripada berpindah ke Arsenal. – Agensi