Ranieri gembira strategi menjadi

Ranieri gembira strategi menjadi

LEICESTER, 28 Feb (AFP) – Claudio Ranieri (gambar) mengakui betapa rancangannya membuahkan hasil selepas Leicester City kembali berada pada landasan tepat untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Norwich City, malam tadi.

Ranieri mengambil risiko dengan membawa masuk Leonardo Ulloa bagi menggantikan tempat pertahanan, Daniel Amertey dalam usahanya memecahkan kebuntuan jaringan dan ia akhirnya berjaya.

Ulloa menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk menghadiahkan peneraju EPL itu kemenangan penting, 1-0, yang membolehkan mereka menjarakkan diri lima mata dengan pencabar terdekat.

“Ia adalah keputusan yang tepat,” kata pengurus Leicester itu dalam keadaan tersenyum.

“Saya cuba membuat beberapa pertukaran untuk memporak-perandakan kubu pertahanan mereka dengan (Jeff) Schlupp di sayap kiri dan Riyad (Mahrez) kanan dan selepas itu saya juga memasukkan Ulloa kerana kami perlukan seorang penyerang berbisa dalam kotak penalti.

Football Soccer - Leicester City v Norwich City - Barclays Premier League - King Power Stadium - 27/2/16 Leicester City manager Claudio Ranieri  Reuters / Andrew Yates Livepic EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or "live" services. Online in-match use limited to 45 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications.  Please contact your account representative for further details.
Football Soccer – Leicester City v Norwich City – Barclays Premier League – King Power Stadium – 27/2/16
Leicester City manager Claudio Ranieri
Reuters / Andrew Yates
Livepic
EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or “live” services. Online in-match use limited to 45 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. Please contact your account representative for further details.

“Leonardo sangat gembira, semua orang sangat gembira kerana pasukan ini mengekalkan kedudukan peneraju liga. Semua pemain mahu beraksi tetapi ia perkara yang mustahil.

“Saya sudah bercakap sebelum ini, kami mempunyai suasana persalinan yang hebat. Semua pemain saya percaya pada projek ini dan saling memberi sokongan antara satu sama lain. Apabila saya mahu melakukan pertukaran, mereka bersedia untuk bermain.”

Ranieri tidak terkejut bahawa skuad kendaliannya terpaksa bekerja keras untuk meraih tiga mata penting dan memuji Norwich di atas cabaran yang mereka berikan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kami menjangkakan pertarungan sebegini. Saya mahu mengucapkan syabas kepada pemain Norwich kerana ia satu pertarungan yang menarik,” kata pengendali dari Itali yang berkarisma itu.