Ranieri kagum akan Slimani dan Mahrez

Ranieri kagum akan Slimani dan Mahrez

LEICESTER, United Kingdom, 18 Sept – Claudio Ranieri percaya dua pemain dari Algeria, Islam Slimani dan Riyad Mahrez boleh membentuk dua serangan maut bagi pasukan Leicester selepas kedua-dua pemain dari Algeria itu memberikan kemenangan 3-0 ke atas Burnley.

Slimani menjaringkan dua gol dalam kemunculan Liga Perdana bagi pasukan juara itu semalam, sementara itu pemain antarabangsa Algeria, Mahrez mempamerkan rentak yang menyaksikannya diundi menjadi pemain tahunan terbaik musim lalu.

Keduanya berganding dengan cemerlang bersama pemain penyerang Leicester, Jamie Vardy dan pengurus pasukan Foxes, Ranieri percaya mereka akan menikmati gandingan bersama pada peringkat kelab.

“Ia bagus bagi Slimani dan bagus bagi semua orang,” kata Ranieri. “Ia adalah persembahan yang bagus baginya, begitu juga dengan rakan sepasukannya.

“Dia berganding dengan baik bersama Vardy dan yang lain serta memberikan tekanan ketika semua perlawanan. Kami membelinya bagi kedudukan ini.” – AFP