Ranieri mahu jadi ‘orang gila’

Ranieri mahu jadi ‘orang gila’

LONDON, 20 Jan – Pengurus Leicester Claudio Ranieri mungkin dilabelkan sebagai ‘Tinkerman’ apabila beliau membimbing Chelsea tetapi kini dia mahu menjadi “orang gila” yang menakutkan kelab-kelab besar Liga Perdana Inggeris.

Lelaki Itali itu sentiasa diejek kerana mengubah kesebelasan utama pada musim pertamanya dalam bola sepak Inggeris bersama Chelsea dari 2000 hingga 2004. Tetapi beliau telah menerima pujian berbanding kritikan musim ini kerana menyelia transformasi kejutan Leicester daripada calon penyingkiran kepada pesaing gelaran.

Kelab Midland itu berkongsi mata dengan pendahulu liga, Arsenal dan tujuh mata di hadapan Manchester United dalam salah satu persaingan gelaran Inggeris paling terbuka sejak beberapa tahun.

“Sekarang ia adalah liga gila dan kami mahu menakutkan liga gila ini,” kata Ranieri, yang akan melayan Tottenham Hotspur dalam aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA lewat hari ini.

Ranieri mahu menjadi ‘orang gila’ dan menakutkan kelab besar Liga Perdana. - Reuters
Ranieri mahu menjadi ‘orang gila’ dan menakutkan kelab besar Liga Perdana. – Reuters

“Saya mahu menjadi orang paling gila dan pasukan paling gila dalam Liga Perdana,” katanya. “Ia adalah satu liga gila kerana jika liga normal Leicester tidak akan berada di atas. Pasukan yang lebih besar lagi akan berada di sana.

“Tetapi ada peluang untuk kami kerana pasukan besar belum bermula lagi. Jika mereka bermula, kemudian Leicester akan berjuang tetapi kami akan berada di tengah-tengah (jadual).

“Pasukan besar belum masuk turbo lagi dan kami berharap mereka tidak menghidupkan turbo,” katanya. – AFP