Ranieri nafi Leicester jadi pilihan EPL

Ranieri nafi Leicester jadi pilihan EPL

LONDON, 11 Mac – Claudio Ranieri (gambar) menafikan skuad kendaliannya Leicester City menjadi pilihan utama merangkul trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menegaskan dirinya tidak meletakkan sebarang sasaran mata dalam sembilan aksi terakhir.

Dengan mengutip 60 mata, lima mata di depan berbanding pasukan tangga kedua Tottenham Hotspur dan lapan mata mengatasi Arsenal di kedudukan ketiga, Leicester semakin hampir meraih gelaran pertama EPL.

Leicester bertemu pasukan bergelut di zon penyingkiran Newcastle United pada Isnin ini dan mungkin boleh menjarakkan diri 11 mata di atas Arsenal, yang beraksi dalam Piala FA.

Tottenham pula membuat kunjungan ke Aston Villa, Ahad ini, Ranieri bagaimanapun berkata dua pencabar terbabit tetap pasukan pilihan dalam perebutan kali ini.

“Kami tetap sama, untuk kami pasukan kegemaran adalah Tottenham dan Arsenal, sudah pasti,” katanya dalam sidang media.

pg21_160212_b

“Kami perlu terus berjuang kemudian pada akhir musim baharu kami boleh berkata ‘kami sudah mencapai ini’.

Liga musim ini sangat gila. Kami berjuang kerana ia liga yang gila dan apa-apa saja boleh berlaku.”

Ranieri berkata, pemain sayapnya Riyad Mahrez sudah pulih daripada kecederaan dan cergas sepenuhnya untuk berdepan Newcastle.

“Riyad bermain baik,” kata Ranieri. “Beliau telah melatih sepanjang minggu dan dia melakukannya dengan baik. Ia hanya mengalami sedikit kekejangan. Semua orang dalam keadaan baik.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA