Ranieri pengurus terbaik Itali

Ranieri pengurus terbaik Itali

ROM, 10 Mei (AP) – Claudio Ranieri dianugerahkan sebagai pengendali terbaik Itali bagi musim ini atas pencapaian luar biasa beliau mengemudi pasukan kerdil, Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jurulatih berusia 64 tahun itu kembali ke sini, dua hari selepas membimbing pasukannya memenangi kejuaraan utama bola sepak Inggeris untuk menerima Anugerah Enzo Bearzot – pengiktirafan tahunan kepada pengurus terbaik negara itu. Anugerah berkenaan dipilih menerusi pengundian oleh juri yang mewakili pelbagai surat khabar sukan utama di Itali.

Pada majlis itu juga, Ranieri turut menerima Palma d’Oro iaitu anugerah utama daripada Majlis Olimpik Itali yang diberikan kepada jurulatih sukan terbaik negara itu. Sejak diperkenalkan pada 2011, seramai enam jurulatih menerima anugerah ini dengan Ranieri yang kedua mendapat pengiktirafan itu menerusi aktiviti sukat luar Itali.

Carlo Ancelotti memenanginya pada tahun 2014 selepas mengemudi Real Madrid meraih kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ke-10.

Ranieri bergambar bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali Giovanni Malago (kanan) dan Setiausaha Jawatankuasa, Roberto Fabbricini, selepas menerima anugerah Enzo Bearzot sebagai jurulatih terbaik Itali musim ini. – AP
Ranieri bergambar bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali Giovanni Malago (kanan) dan Setiausaha Jawatankuasa, Roberto Fabbricini, selepas menerima anugerah Enzo Bearzot sebagai jurulatih terbaik Itali musim ini. – AP

Ranieri juga menerima jemputan terbuka untuk melatih pasukan kebangsaan Itali. Walau bagaimanapun beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memberikan kemenangan Piala Dunia akan datang kepada pasukannya itu.

“Saya bercakap dengan cara yang abstrak, tidak mengenai Piala Dunia akan datang. Claudio masih muda dan dia mempunyai masa,” kata presiden persatuan bola sepak Tavecchio

Selepas kerjaya yang lama tanpa sebarang gelaran utama, Ranieri berusia 64 tahun menjadi jurulatih Leicester dan berjaya merangkul gelaran Liga Perdana musim ini. Beliau bercadang untuk tinggal dan menjadi jurulatih Leicester dalam Liga Juara-Juara musim depan.

“Daripada semua gelaran dimenangi oleh Itali, pencapaian Claudio adalah sesuatu yang hebat,” kata Tavecchio.

ARTIKEL YANG SAMA