Ranieri tidak riak

Ranieri tidak riak

LEICESTER, United Kingdom, 15 Mac (AFP) – Pengurus Leicester City Cluadio Ranieri berkata dia enggan melihat carta Liga Perdana biarpun pasukannya mengembalikan pendahuluan lima mata selepas menewaskan Newcastle United 1-0.

Sepakan menarik Shinji Okazaki pada minit ke-25 memberikan Leicester kemenangan 1-0 di King Power Stadium semalam dan mereka memerlukan 20 mata lagi daripada lapan perlawanan terakhir untuk melengkapkan salah satu gelaran yang sukar dipercayai dalam sejarah bola sepak Eropah.

Tetapi ketika pasukan seperti Arsenal dan Manchester City terus mengalami kesukaran dalam kedudukan mereka, Ranieri menegaskan dia atau pemainnya tidak dibenarkan untuk memikirkan gelaran.

“Saya tidak melihat carta. Saya melihat perlawanan seterusnya – Crystal Palace,” dia memberitahu sidang akhbar selepas perlawanan. “Ia sukar. Kami mahu menikmatinya, kami mahu meneruskannya. Sudah tentu peminat kami bermimpi, berbangga dengan kami. Kami perlu meneruskannya.”

Dia menambah: “Kami tidak pernah bercakap mengenai gelaran. Setiap kali kami bercakap mengenai persembahan, bagaimana kami menikmati bola sepak dan membantu rakan sepasukan. Saya berbangga apabila saya berkata semua orang membantu sesama sendiri.”

Ranieri tidak peduli dengan carta liga sebaliknya menumpukan kepada perlawanan pasukan yang seterusnya. – Reuters
Ranieri tidak peduli dengan carta liga sebaliknya menumpukan kepada perlawanan pasukan yang seterusnya. – Reuters

Jaringan Okazaki, voli dari Jamie Vardy, memberikan jumlah jaringan penyerang dari Jepun itu kepada enam gol setakat ini tetapi Ranieri memuji semua sumbangannya.

“Saya belum merasa gembira sekarang kerana dia menjaringkan gol – saya gembira dengan Shinji kerana dia adalah sebahagian daripada pasukan dan bekerja keras setiap kali perlawanan,” katanya.

“Dua menjaringkan gol malam ini, tetapi Shinji melakukan tugasan luar biasa sepanjang musim. Semalam adalah jaringan yang bagus.”

Tiga kemenangan lalu Leicester menentang Norwich City, Watford dan Newcastle hadir dengan jaringan 1-0 dan Ranieri amat senang dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemainnya.

“Saya tahu kami bermain dengan baik menentang Aston Villa atau West Bromwich, tetapi kami seri dalam perlawanan ini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA