Ranking Ferrer jatuh

Ranking Ferrer jatuh

pg23_160224_c

PARIS, 23 Feb (AFP) – Kegagalan David Ferrer (atas) mara ke pentas final Terbuka Rio de Janeiro kelmarin menyebabkan ranking dunianya terjatuh sebanyak dua anak tangga.

Kei Nishikori dan Thomas Berdych mengatasi kedudukan pemain Sepanyol itu dalam kelompok 10 terbaik dunia dengan Ferrer turun ke tangga kelapan.

Pemain sedang meningkat dari Austria, Dominic Thiem mendaki empat anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-15 selepas mara ke pentas separuh akhir Rio seminggu selepas menyambar gelaran di Buenos Aires.

Bintang muda Australia, Nick Kyrgios pula meraih kedudukan ranking peribadi tertinggi di tangga ke-33 selepas memenangi gelaran pertama ATP di Marseille, Ahad lalu.

ARTIKEL YANG SAMA