Raonic kejutkan Wawrinka

Raonic kejutkan Wawrinka

MELBOURNE, 25 Jan – Pemain tenis Kanada, Milos Raonic bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan bekas juara Terbuka Australia, Stan Wawrinka dalam permainan lima set untuk mara ke suku akhir, sebentar tadi.

Beraksi sebagai pemain pilihan ke-13, Roanic menggunakan kelebihan memiliki servis kencangnya untuk mengetepikan Wawrinka yang juga pemain ranking keempat dunia dengan 6-4, 6-3, 5-7, 4-6, 6-3.

Roanic yang kalah pada set ketiga dan keempat namun bangkit pada set terakhir sebelum menamatkan saingan pemain dari Switzerland itu dalam masa tiga jam 44 minit di gelanggang Rod Laver Arena.

Dia akan bertemu pemain Perancis, Gael Monfils di suku akhir nanti.

Raonic, melihat untuk meningkatkan permainannya ke peringkat lebih lanjut di bawah jurulatih Carlos Moya, di mana dia memenangi dua set awal selepas mematahkan servis empat kali dalam 76 minit.

Kedua-dua pemain berjabat tangan selepas perlawanan tersebut. – Reuters
Kedua-dua pemain berjabat tangan selepas perlawanan tersebut. – Reuters

Namun Wawrinka menaikkan intensitinya dan menjadikan perlawanan itu kepada lima set.

Rentak permainan berubah pada set ketiga apabila Wawrinka mematahkan servis Raonic pada permainan ke-11 untuk kekal dalam persaingan.

Raonic mula terlepas beberapa pukulan dan Wawrinka meningkatkan peratus servisnya, dan mematahkan servis pemain Kanada itu lagi pada permainan keempat set keempat dan menepis empat mata break pada servisnya di permainan kelapan.

Wawrinka mendapat tiga mata set pada permainan ke-10 dan membawa perlawanan itu kepada lima set dengan momentum beralih kepadanya.

Namun pada set terakhir, Wawrinka kehilangan servisnya pada permainan keenam apabila pukulan forehandnya jauh ke luar gelanggang, memberikan pendahuluan 4-2 kepada Raonic.

Wawrinka menyelamatkan mata penamat pada permainan kelapan namun Raonic mendapat semula tiga mata penentu dan akhirnya memenanginya dengan pukulan dekat jaring. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA