Raonic semakin yakin

Raonic semakin yakin

MELBOURNE, 19 Jan – Milos Raonic berkata kemenangannya ke atas Roger Federer bersama dengan peningkatan sepanjangnya di bawah jurulatih baru, Carlos Moya meletakkannya dalam laluan bagi persaingan yang bagus di Terbuka Australia.

Pemain dari Kanada itu, yang menewaskan pemegang rekod Grand Slam, Federer dalam final Brisbane International bulan ini, mencatatkan kemenangan meyakinkan 6-1, 6-4, 6-4 ke atas Lucas Pouille dari Perancis untuk mara ke pusingan kedua hari ini.

Pilihan ke-13 itu menghabiskan masa 86 minit di atas gelanggang dan berkata dia adalah lebih dari pemukul servis berikutan mendapatkan bekas juara Terbuka Perancis, Oya sebagai jurulatihnya.

Raonic juga berkata kemenangan kerjaya keduanya ke atas legenda Switzerland itu meningkatkan keyakinannya sebelum Melbourne.

“Ia adalah cara yang bagus untuk mengukuhkan dirinya dan orang ramai di sekeliling saya berada di laluan yang tepat dan melakukan tugasan yang tepat,” kata pemain dari Kanada itu.

“Saya rasa saya beraksi dengan bagus. Saya akhirnya dalam keadaan sihat, membolehkan permainan saya, di mana saya mampu meletakkan untuk menjelaskannya,” kata Raonic.

“Saya menambah beberapa perkara. Saya lebih efisien di jaring. Saya mendapati laluan saya dan saya menguasai di bahagian jaring lebih baik.

“Saya mampu untuk memastikan pesaing saya berfikir sedikit dan lebih tenang dalam keadaan tekanan, mempercayainya saya boleh menanganinya dan menggunakan perkara berbeza untuk meneruskannya.

Raonic berkata bekas pemain nombor satu dunia, Moya, akan membantu untuk memperluaskan permainannya selepas mara ke rangking keempat pada Mei tahun lepas.

‘Saya rasa dia boleh membantu saya untuk menjadi lebih efisien dengan permainan saya, menggunakan permainan saya dengan lebih baik, terutamanya melalui keadaan yang pasti,’ kata Raonic.

“Saya juga merasakan ia memberikan saya banyak pandangan, di atas dan di luar gelanggang, terutamanya sekitar pertandingan dua minggu, bagaimana saya boleh menjadi lebih efisien.

“Saya memiliki kesukaran selepas pertandingan berakhir untuk menamatkan dan bertenang sepenuhnya, saya rasa dia boleh membawa ketenangan itu kepada saya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA