Rapat silaturahim sesama jiran

Rapat silaturahim sesama jiran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Ahli Jawatankuasa Kejiranan Simpang 415-49, Jalan Wasai Limuru, RPN Kampung Tanah Jambu, semalam, telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah.

Hadir sama ialah Penghulu Mukim Serasa, Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abdul Razak.

Majlis malam tadi itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama jiran di samping memupuk semangat kejiranan dan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu serta dapat merealisasikan hasrat pembentukan Negara Zikir.

Ahli jawatankuasa kejiranan bergambar ramai selepas Majlis Tahlil dan Doa Arwah.
Ahli jawatankuasa kejiranan bergambar ramai selepas Majlis Tahlil dan Doa Arwah.

ARTIKEL YANG SAMA