Rapat umum bagi toleransi

Rapat umum bagi toleransi

JAKARTA, Indonesia, 20 Nov – Lebih daripada 10,000 rakyat Indonesia berhimpun di jalan-jalan ibu negara menyeru bagi toleransi dan perpaduan dalam negara paling padat penganut Islam dunia itu, selepas polis membuka penyiasatan kata-kata kufur ke atas gabenor Kristian negara itu.

Awal bulan ini, Jakarta digegarkan dengan satu protes besar-besaran oleh konservatif Islam terhadap gabenor popular Asuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama dengan seorang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam rusuhan itu. Pembantah berhaluan kiri mengancam lebih banyak protes jika Ahok tidak ditangkap.

Polis minggu lalu menamakan Ahok sebagai suspek dalam siasatan kata-kata kufur.

Rapat semalam menarik lebih daripada 10,000 orang, termasuk pemimpin agama, ahli perundangan dan anggota hak asasi kemanusiaan, yang berarak ke Monumen Kebangsaan dan sepanjang jalan utama berhampiran.

“Kami berhimpun di sini bukan untuk memprotes tapi menunjukkan bahawa kami tidak mudah berpecah-belah akibat isu agama atau politik,” kata Budiman Sujatmiko, ahli perundangan dari Parti Perjuangan Demokratik, kumpulan politik terbesar negara.

Rakyat Indonesia melaungkan slogan ketika membawa bendera merah putih besar semasa rapat bertajuk “Bhinneka Tunggal Ika (Perpaduan dalam Diversiti) di Jakarta, Indonesia semalam. – AP
Rakyat Indonesia melaungkan slogan ketika membawa bendera merah putih besar semasa rapat bertajuk “Bhinneka Tunggal Ika (Perpaduan dalam Diversiti) di Jakarta, Indonesia semalam. – AP

Orang ramai yang kebanyakannya mengibarkan bendera kebangsaan berwarna merah dan putih, bersorak dan melaungkan “Indonesia bersatu tidak boleh dikalahkan.”

Barisan Pejuang Islam, sebuah kumpulan yang mahu melaksanakan undang-undang syariah di negara sekular Indonesia, mula menuntut penangkapan Ahok selepas satu video yang diviralkan online yang mana dia bergurau dengan audiens mengenai satu ayat dalam Al-Quran yang boleh ditafsirkan sebagai melarang Muslim daripada menerima bukan Islam sebagai pemimpin. Gabenor itu bagaimanapun sudah pun meminta maaf bagi komen itu.

Kata-kata kufur adalah satu kesalahan jenayah di Indonesia. Amnesti Internasional mendokumenkan 106 sabitan kesalahan antara 2004 dan 2014, dengan beberapa individu dipenjarakan sehingga lima tahun. – AP