Lelaki paling gemuk di dunia jalani rawatan

Lelaki paling gemuk di dunia jalani rawatan

MEXICO CITY, 17 Nov – Seorang lelaki paling gemuk di dunia di Mexico akan menjalani rawatan pengurangan berat badan, lapor media tempatan semalam.

Juan Pedro Franco, 32, seberat hampir setengah tan, telah diangkut pada malam Selasa dengan sebuah van khas dari kampung halamannya di Aguascalientes di tengah Mexico, ke sebuah klinik swasta di bandar Guadalajara, barat Mexico.

“Setakat ini, tidak ada pesakit yang seberat ini,” kata pakar bedah, Jose Antonio Castaneda Cruz. – AFP