Raptai sambutan Israk Mikraj

Raptai sambutan Israk Mikraj

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Umat Islam di seluruh dunia termasuk di negara ini akan memperingati sambutan Israk Mikraj tahun 1437H/2016M pada 5 Mei ini dan bagi Negara Brunei Darussalam sambutan peringkat negara akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas dengan membawa tema ‘Sembahyang Kunci Syurga’.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijangka berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

Sehubungan itu, sebagai persediaan bagi memastikan kelancaran sambutan berkenaan yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) latihan penuh telah diadakan hari ini.

Hadir menyaksikan latihan berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhomat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman juga selaku Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1437H dan Yang Di-Pertua Majlis Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin (kiri), YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz (tengah) dan Dato Paduka Haji Abdul Mokti semasa menyaksikan raptai penuh sambutan Israk Mikraj.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin (kiri), YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz (tengah) dan Dato Paduka Haji Abdul Mokti semasa menyaksikan raptai penuh sambutan Israk Mikraj.

Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara, Hajah Siti Mahyana binti Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Haji Awang Yahya ketika ditemu bual berkata, sambutan akan diisikan dengan bacaan Al-Quran, ceramah khas dan persembahan nasyid.

Menurut beliau, untuk memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar, latihan sudah diadakan sejak kelmarin untuk membuat persiapan bagi persembahan-persembahan sambutan berkenaan.

Selain sambutan Israk Mikraj ini, katanya lagi, KHEU akan mengadakan tiga acara iringan untuk memeriahkan lagi peristiwa Israk dan Mikraj.

Antara yang mengikuti raptai penuh sambutan Israk Mikraj, kelmarin.
Antara yang mengikuti raptai penuh sambutan Israk Mikraj, kelmarin.

pg09_160504_c

“Acara-acara iringan berkenaan ialah Bahagian Kemajuan Syiar Islam akan mengadakan Bengkel Kesempurnaan Sembahyang, bengkel berkenaan merupakan bengkel bersiri dan ini adalah kali ke-5 diadakan yang memfokuskan tentang tatacara Solat Jama’ dan Solat Qasar dan juga tatacara solat di dalam kenderaan.”

Acara kedua, tambahnya, ialah Kempen Solat Berjemaah yang akan dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan memfokuskan mengenai Solat Berjemaah Fardu Subuh yang diadakan di keempat-empat daerah.

Acara seterusnya ialah taklimat kefahaman mengeluarkan zakat yang dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Brunei, jelas beliau, taklimat berkenaan akan menyasarkan pegawai kerajaan, pihak swasta dan beberapa pihak-pihak yang di mana tarikh taklimat berkenaan akan ditentukan kemudian.

ARTIKEL YANG SAMA