Raptors atasi Cleveland 105-100

Raptors atasi Cleveland 105-100

LOS ANGELES, 21 Mac (AFP) – Pasukan Toronto Raptors mengatasi Cleveland Cavaliers bagi kedudukan teratas dalam Eastern Conference semalam dengan kemenangan NBA 105-100 ke atas Orlando Magic.

DeMar DeRozan mendahului Raptors dengan 25 mata dan lima asis.

Luis Scola menambah 20 mata dan lapan rebiund sementara Kyle Lowry mencatatkan dengan 18 mata dan tujuh asis ketika Raptors mencatatkan empat kemenangan berturut –turut mereka dan memperbaiki kedudukan kepada 13-4 sejak rehat All-Star.

Scola berkata pemburuan bagi kedudukan pertama dalam East adalah penting, tetapi bukan motivasi berlebihan ketika musim penamat menghampiri.

“Sudah tentu kami mahu memenangi perlawanan, sudah tentu kami mahu menamatkan di kedudukan pertama, tetapi perkara paling penting adalah mampu untuk membangunkan momentum yang bagus untuk berada dalam playoff,’ kata Scola. “Sebenarnya, apabila kami berada dalam perlawanan ke tujuh terakhir, jika kami berada di sana, kami pasti bimbang mengenainya.

“Kami berjuang untuk (pertama), kerana ia adalah perkara yang tepat dilakukan, tetapi kami tidak boleh kehilangan tidur.”

Orlando, yang menghubungkan 51.6 peratus dari persaingan, mendahului 82-80 pada suku keempat.

Tetapi Raptors menggunakan 10-0 untuk mendahului empat mata dengan perlawanan berbaki 5.22 dan bertahan.

Victor Oladipo mendahului Orlando dengan 21 mata dan enam rebounds.

Evan Fournier mencatatkan 21 mata, tetapi Magic sekarang tewas tiga berturut–turut dan mengekori Chicago Bulls dengan enam perlawanan bagi kedudukan ke lapan dan tempat terakhir dalam playoff dalam East.