Raptors menang besar lawan Cavaliers

LOS ANGELES, 12 Jan – Toronto Raptors menggunakan serangan seimbang untuk menumpaskan Cleveland Cavaliers 133-99 semalam, ketika pasukan LeBron James itu mengharungi kekalahan paling memalukan pada musim ini.

Fred VanVleet dimasukkan untuk mencatatkan 22 mata ketika Raptors memalukan Cavaliers dengan mencatatkan jaringan dua angka dari tujuh pemain berlainan di arena Air Canada Centre.

Raptors semakin kukuh pada 15-2 di tempat sendiri meskipun semalam bermain tanpa pemain utama Kyle Lowry dan Serge Ibaka.

James mencatatkan jaringan 26 mata untuk Cleveland yang telah tewas enam dari lapan perlawanannya, dan kembali menanggung kekalahan untuk mempertahankan gelaran Golden State pada Krismas lalu.

Isalah Thomas, yang dikenakan denda AS$20,000 pada Rabu lalu kerana menjatuhkan pemain Minnesota Timberwolves, Andrew Wiggins ke lantai, telah terlepas 11 lemparan pertamanya.

James (jersi 23) kelihatan hampa semasa kekalahan menentang Tronto Raptors pada Khamis. – AP

“Saya tidak tahu di mana silapnya atau apa yang telah berlaku,” kata James. “Kami perlu bangkit dan mencarinya.”

133 mata yang dicatat oleh Toronto adalah yang paling tinggi dicatat oleh saingan Cleveland pada musim ini dan menandakan perlawanan ketiga berturut-turut yang mana mereka membenarkan kira-kira 127 mata.

C.J. Miles mencatatkan 16 mata, Pascal Siakam dan Norm Powell setiap dari mereka mencatatkan 14 dan DeMar DeRozan 13 untuk Raptors, yang tanpa pemain point guard Lowry (bekak di punggung) dan pemain penyerang Ibaka (pengangtungan). Jakob Poelti telah mengumpul 12 mata dan 12 rebound bagi Raptor.

“Salah satu kelebihan kami ialah kemudaan kami dan kepantasan kami. Kami mesti mengambil kelebihan itu,” kata Van Vleet.

12 kemenangan berturut-turut Raptors tercalar apabila mereka tewas Selasa kepada Miami, tetapi melonjak dalam p ertemuan pertama mereka dengan Cavaliers sejak Mei tahun lalu apabila Cleveland mengeluarkan Raptor dari pusingan kedua perlawanan playoff NBA.

Cavaliers telah bermain sembilan dari 11 permainan lalu mereka di tempat lawan, tewas tujuh dengan empat darinya dengan lebih 10 mata.

Pasukan Cavalier berharap pemain guard Derrick Rose, yang tidak beraksi sejak 7 November lalu akibat kecederaan buku lali, mungkin kembali tetapi tidak bermain semalam dan tidak akan bermain hari ini di Indiana. – AFP