Raptors tundukkan Cavalier dalam Game 4

Raptors tundukkan Cavalier dalam Game 4

LOS ANGELES, 24 Mei (dpa) – Kyle Lowry mencatatkan 35 mata, termasuk jaringan penting dengan perlawanan berbaki 22.5 saat, DeMar DeRozan menambah 32 dan Toronto Raptors mengekang pasukan pelawat Cleveland Cavalier 105-99 semalam untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2 dalam perlawanan akhir playoff Eastern Conference.

DeMarre Carroll menjaringkan 11 mata sementara Bismack Biyombo menjaringkan 14 rebound bagi pilihan kedua Raptors, yang menghampiri dengan 11 –3 selepas melepaskan pendahuluan 18 mata.

Raptors meneruskan pendahuluan 78-69 pada suku keempat tetapi pasukan Cabs melebarkan mata dengan 11 mata berturut–turut, termasuk tiga triples menerusi Channing Frye.

Jaringan dari Matthew Dellevedova meletakkan pasukan Cav di depan, 88-87, sebelum Raptors mengatasi kembali menerusi DeRozan dengan jaringan bagi perlawanan yang berbaki 6:43.

Lompatan dunk dari Richard Jefferson dan dua lontaran bebas James meletakkan Cavs di depan, 92-89 sebelum tiga mata dari Lowry mengikat kedudukan tersebut.

Kyle Lowry (kiri) berdepan dengan pemain bintang Cavaliers Lebron James. - AP
Kyle Lowry (kiri) berdepan dengan pemain bintang Cavaliers Lebron James. – AP

Pasukan itu berbalas-balas serangan sebelum dua jaringan bebas dari DeRozan dan satu dari Carroll memberikan pasukan Raptors pendahuluan pada kedudukan 99-96 dengan perlawanan berbaki 3:22.

Lowry kemudian mendapatkan LeBron James dan menghasilkan satu dari dua lontaran bebas selepas dikasari.

Dellavadova dan Frye terlepas 3 pointer sebelum Biyombo mendapatkan bola melantun dan menghasilkan satu lontaran bebas untuk menukar kedudukan menjadi 101-96.

Pasukan Cavs berjaya menjaringkan satu gol dengan 101-99 menerusi 3 pointer jarak jauh Kyrie sebelum Patrick Patterson mendapatkan lantunan besar dan memberikan kepada DeRozan bagi menghasilkan jaringan.

Biyombo kemudian menghalang lomparan JR Smith sebelum mendapatkan Irving yang terlepas.

Lowry kemudian memintas Cavs bagi larian menuju kaca untuk menukar kedudukan 105-99 dan melengkapkan kemenangan didepan penonton di Air Canada Centre.

LeBron James menjaringkan 29 mata, Irving mencatatkan 26 dan Frye menambah 12 bagi pasukan terbaik Cavs, yang melepaskan dua mata berturut–turut kepada Raptors selepas memenangi dua perlawanan pertama menerusi perkadaran 25.

Cleveland kembali bagi menghoskan Game 5 yang kritikal esok.

ARTIKEL YANG SAMA