Rasai hidangan muffin McD terbaru

Rasai hidangan muffin McD terbaru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mac – Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd selaku francais McDonald’s di Brunei, hari ini, memperkenalkan hidangan mufin terbaru bagi sarapan pagi yang boleh didapati di McDonald’s Brunei, Gadong, di sini.

Sebanyak tiga hidangan baru telah diperkenalkan iaitu ‘Chicken Roll McMuffin’, ‘Chicken Roll McMuffin with Egg’ dan ‘Sausage McMuffin Deluxe’.

Hidangan ini boleh didapati pada waktu sarapan pagi, bermula jam 7 pagi sehingga 11 pagi setiap hari.

Di samping itu, McDonald’s Brunei turut memperkenalkan set permainan yang dikenali sebagai ‘Food Icons x Nanoblock Collectors’ di mana set permainan ini adalah terhad dan hanya boleh didapati di McDonald’s bermula 9 Mac nanti.

Set ini terdiri daripada tujuh makanan dan minuman ikonik dari McDonald’s iaitu Big Mac, Fries, McFlurry, Pie, McCafe, Cold Cup dan Restoran McDonald’s.

Tiga hidangan baru telah dikenalkan iaitu ‘Chicken Roll McMuffin’, ‘Chicken Roll McMuffin with Egg’ dan ‘Sausage McMuffin Deluxe’.
Tiga hidangan baru telah dikenalkan iaitu ‘Chicken Roll McMuffin’, ‘Chicken Roll McMuffin with Egg’ dan ‘Sausage McMuffin Deluxe’.

Setiap permainan daripada set ini akan dikeluarkan dan boleh didapati setiap minggu di mana minggu pertama pada 9 Mac permainan Fries boleh didapati, diikuti dengan permainan Cold Cup pada minggu seterusnya dan permainan Pie pada 23 Mac.

Manakala itu, permainan McFlurry akan dikeluarkan pada 30 Mac, diikuti dengan Big Mac pada 6 April dan McCafe pada 13 April nanti dan yang terakhir iaitu Restoran McDonald’s pada 20 April.

Kesemua permainan ini boleh didapati bagi menu sarapan pagi dan menu biasa semasa waktu beroperasi.

ARTIKEL YANG SAMA