Rasai kuasa Audi A4

Rasai kuasa Audi A4

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Pengedar tunggal Audi, TCY Motors hari ini menjemput pengamal media menjalankan uji pandu kereta generasi ke-9, Audi A4 yang serba moden, sportif dan elegan.

A4 ternyata canggih dalam bahagian dalamannya kerana sebaik sahaja menginjak masuk ke tempat pemandu, penulis dipaparkan dengan teknologi terkini Audi, yang pertama dalam kelasnya dengan skrin besar bersaiz 12.3 inci di hadapan stereng memaparkan pelbagai data kenderaan.

Manakala skrin sesentuh 8.3 inci pada bahagian tengah papan pemuka bertindak sebagai nadi hiburan dan maklumat, yang boleh disambung ke telefon pintar, LTE terkini dan mempunyai WiFi. Sistem pembesar suara premium Bang & Olusfsen pula memberikan sistem bunyi sekeliling yang memuaskan hati pemandu dan penumpang.

Audi A4 tampil lebih bergaya dan berkuasa.
Audi A4 tampil lebih bergaya dan berkuasa.
Ruang dalam Audi A4 yang serba canggih.
Ruang dalam Audi A4 yang serba canggih.
Beberapa kawalan canggih yang boleh diakses hanya melalui stereng Audi A4.
Beberapa kawalan canggih yang boleh diakses hanya melalui stereng Audi A4.

Apabila kereta mula dipandu dari Bilik Pameran Audi di Kiarong melalui Telanai ke Katok dan kemudiannya kembali ke bilik pameran, terasa kelancarannya kerana ia mempunyai dwi-klac transmisi S-Tronic tujuh kelajuan. A4 terbaru didatangkan dengan tiga pilihan enjin 1.4 TFSI dengan 150 kuasa kuda, 2.0 TFSI Ultra dengan 190 kuasa kuda dan 2.0 TFSI Quattro dengan 252 kuasa kuda.

Selain itu, memandu A4 terasa selamat kerana ia dilengkapi dengan ABS dan banyak lagi fungsi keselamatan yang menerima pengiktirafan daripada Euro NCAP dan ujian keselamatan IIHS.

ARTIKEL YANG SAMA