Rasai padang baru NFABD

Rasai padang baru NFABD

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Ia menjadi hari yang menggembirakan buat dua keluarga apabila berpeluang bermain di atas Padang Bolasepak Rumput Tiruan (Turf) NFABD bertempat di belakang NFABD House, Jalan Persidangan, Berakas yang baru saja dibuka rasmi pada 17 Oktober yang lalu.

Dua buah keluarga tersebut adalah P.A.C.U. Family Team dan P.H.A.R. SC Family yang baru-baru ini mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan di atas padang bertaraf Piala Dunia yang setara dengan padang yang digunakan sewaktu berlangsungnya Piala Dunia Remaja FIFA 2007 di Peru dan Piala Dunia Wanita FIFA 2015 di Kanada.

Dalam perlawanan berkenaan P.A.C.U. Family Team berjaya menewaskan P.H.A.R SC Family dengan jaringan 6-2.

Walau bagaimanapun, tujuan utama perlawanan itu diadakan adalah bagi menjalin hubungan silaturahim di antara dua keluarga sahabat sekali gus menyahut seruan kerajaan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi riadah bersama keluarga tersayang.

P.A.C.U. Family Team (hitam) dan P.H.A.R. SC Family (biru) bergambar ramai di atas padang turf bertaraf dunia berlatar belakangkan NFABD House.
P.A.C.U. Family Team (hitam) dan P.H.A.R. SC Family (biru) bergambar ramai di atas padang turf bertaraf dunia berlatar belakangkan NFABD House.

ARTIKEL YANG SAMA