Rasai permainan di alam nyata

Rasai permainan di alam nyata

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Jika sebelum ini terkenal dengan permainan video dan animasi seperti Super Mario dan Doraemon, kini orang ramai boleh merasakan pengalaman suasana permainan itu di alam realiti di sebuah tempat yang digelar Escape Experience.

Escape Experience merupakan sebuah tempat yang menyediakan permainan yang mengunci pemain di dalam sebuah bilik dan diberikan beberapa petunjuk untuk diselesaikan dalam masa yang pantas bagi membolehkan mereka melepaskan diri dari bilik tersebut.

Majlis pelancaran Escape Experience yang terletak di kawasan bangunan baru belakang Regeant Square, Kiulap itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman dan Presiden Dewan Perniagaan Cina, Kuala Belait, Dato Paduka Onn Siew Siong bersama Jasper, Zheng dan Esmond wakil warga Escape Experience.

Datin Paduka Hajah Adina berkata setelah menyaksikan kawasan bilik permainan itu, menjelaskan tempat tersebut adalah sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama.

Datin Paduka Hajah Adina melihat secara dekat bilik escape Doraemon. - Gambar oleh Muiz Matdani
Datin Paduka Hajah Adina melihat secara dekat bilik escape Doraemon. – Gambar oleh Muiz Matdani
Tetamu kehormat ketika diterangkan mengenai bilik escape Super Mario.
Tetamu kehormat ketika diterangkan mengenai bilik escape Super Mario.
Bilik escape Doraemon.
Bilik escape Doraemon.

“Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti kekeluargaan yang membolehkan keluarga bersatu sama-sama menyelesaikan kata petunjuk untuk bekerjasama melepaskan diri dari bilik permainan tersebut”, jelasnya.

Zheng selaku pengurus tempat permainan tersebut dalam ucapan alu-aluannya berharap agar para peserta atau keluarga belajar tentang diri masing-masing dan ini akan membantu untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mereka sama ada di kalangan rakan atau rakan kerja atau hubungan kekeluargaan.

Escape Experience dibuka tujuh hari seminggu, permainan pertama pukul 1 petang (kecuali hari Jumaat) dan akan dibuka sehingga selesai, namun pelanggan dikehendaki untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekecewaan.

Pengurus tempat permainan itu mengesyorkan untuk bermain secara berkumpulan yang terdiri daripada empat ke lima orang pemain bagi setiap bilik.

ARTIKEL YANG SAMA