Rasai sendiri sukan lawan pedang

Rasai sendiri sukan lawan pedang

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Persatuan Lawan Pedang Brunei Darussalam (BDFF) menyeru orang ramai di negara ini untuk mencuba sukan lawan pedang sebagai salah satu skim atlet.

Di sepanjang bulan Oktober, sesi latihan akan dibuka setiap Jumaat bermula jam 3 petang hingga 5:30 petang bagi yang berumur 14 tahun ke bawah, dan dari 7:30 hingga 10 malam bagi yang berumur 15 tahun ke atas.

Menurut kenyataan BDFF di sini, Dewan Lawan Pedang BDFF terletak di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan ia dibuka untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba sukan ini. Para peserta bagaimanapun adalah dinasihati untuk memakai pakaian sukan bersesuaian dan kasut sukan indoor.

Setiausaha Agung BDFF, Kapten (U) Nashriq Moksin dipetik sebagai berkata, “Ia adalah harapan kami untuk melihat lebih ramai menyertai sukan ini, terutama golongan belia.

Orang awam mencuba sendiri sukan lawan pedang pada acara baru-baru ini yang disertai oleh BDFF.
Orang awam mencuba sendiri sukan lawan pedang pada acara baru-baru ini yang disertai oleh BDFF.

“Minat terhadap sukan lawan pedang di Brunei telah meningkat semenjak tahun kebelakangan ini, dan BDFF kini merancang pelbagai aktiviti menarik buat para atlet, seperti Kejohanan Terbuka Lawan Pedang Brunei pada awal 2017, perkhemahan latihan, program-program pembangunan diri, aktiviti-aktiviti kerja dalam kumpulan dan peluang untuk bersaing di kejohanan-kejohanan lawan pedang di luar negara.

“Kami percaya terdapat sesuatu untuk setiap orang dalam sukan ini, baik buat seorang yang baru bermula kepada seorang atlet pengalaman.”

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghantar nama penuh, nombor telefon dan tarikh lahir dengan menghantar teks ke talian +6738849809 dan bagi sebarang pertanyaan boleh menghantar e-mel ke bdff.fencing@gmail.com.

ARTIKEL YANG SAMA