Rashford dalam skuad England adalah wajar

Rashford dalam skuad England adalah wajar

LONDON, 24 Mei (Agensi) – Marcus Rashford hampir pasti membuat penampilan pertamanya buat skuad England pada aksi pemanasan badan kedua menentang Australia, Sabtu ini sambil pengendalinya Roy Hodgson berkata penyerang berbakat itu tidak mempunyai tempoh yang panjang untuk meyakinkannya.

“Jumlah masa yang kita miliki bersamanya adalah sangat-sangat singkat,” kata Hodsgon yang menyenaraikan bintang muda 18 tahun Manchester United itu dalam skuad sementara 26 pemain untuk Euro 2016 di Perancis.

Dia perlu mengatasi tiga pemain lebih senior daripadanya jika berhasrat untuk pergi dengan senarai nama akhir akan diputuskan pada 31 Mei.

“Saya fikir saya membuat keputusan yang betul untuk meletakkan dalam kumpulan besar ini kerana dia mempunyai bakat luar biasa dan anda akan tahu daripada rekod lampau saya bahawa saya tidak takut untuk memberi peluang buat pemain muda.

Rashford mengalami kecederaan dalam perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini. – AP
Rashford mengalami kecederaan dalam perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini. – AP

“Saya tidak akan mengetepikan pemain hanya berdasarkan faktor usia. Tetapi wujud persaingan tinggi untuk posisi penyerang dan peluangnya agak tipis untuk meyakinkan saya dan barisan jurulatih, kerana dia hanya memiliki tempoh yang singkat.”

Harry Kane dan Jamie Vardy beraksi sebagai penggempur utama ketika England mencatat kemenangan 2-1 ke atas Turki di Stadium Etihad kelmarin, manakala kapten Wayne Rooney dan Daniel Sturridge juga kembali menyertai pasukan selepas beraksi buat kelab.