Rashford ditawar gaji baru

Rashford ditawar gaji baru

LONDON, 1 Mac (Agensi) – Manchester United akan mempercepatkan perbincangan mengenai perjanjian kontrak baharu bernilai STG15,000 seminggu buat Marcus Rashford selepas kejutan yang dilakukan penyerang muda sensasi itu di Old Trafford.

Rashford, 18, menjaringkan dua gol pada penampilan sulung di Liga Perdana Inggeris ketika menang 3-2 ke atas Arsenal, Ahad lalu untuk mengumpul empat gol dalam dua perlawanan pertamanya bersama pasukan senior United.

Jaringan daripada Rasford itu juga memberikan kelebihan buat Manchester United apabila mendahului 2-1 selepas berakhir separuh masa pertama saingan Liga Perdana Inggeris tersebut.

Rasford ketika memberi penghormatan kepada para penyokongnya selepas tamat perlawanan antara Manchester united menentang Arsenal. – Reuters
Rasford ketika memberi penghormatan kepada para penyokongnya selepas tamat perlawanan antara Manchester united menentang Arsenal. – Reuters

Kelab itu sedia memperbaharui kontrak perjanjian semasa STG1,500 seminggu terhadap Rashford yang akan tamat pada musim panas tahun 2017.

Tetapi mereka kini mahu memberi ganjaran kepada pemain muda itu menerusi rundingan pantas dan mengikatnya dengan kontrak yang lebih lumayan walaupun ia masih awal.