Rasuah: Bekas ketua komunis dipenjara 15 tahun

BEIJING, 15 Feb – Bekas ketua parti Komunis wilayah utama utara China, Hebei telah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun atas dakwaan rasuah, mahkamah mengumumkan hari ini, ketika kempen antirasuah Presiden Xi Jinping terus menyasarkan sasaran berprofil tinggi.

Dalam menjatuhkan hukuman ke atas Zhou Benshun, Mahkamah Perantaraan Rakyat di bandar pelabuhan timur laut Xiamen berkata dia telah diberikan layanan yang agak sederhana dalam memberikan kerjasama kepada pihak penyiasat dan menyerahkan hasil dari rasuahnya.

Menurutnya Zhou, 64, telah menyalahgunakan kedudukannya untuk perolehan peribadi ketika memegang jawatan pegawai tinggi di wilayah itu yang terletak berhampiran Beijing dan dalam jawatan peringkat lebih rendah antara tahun 2000 dan 2015.

Dia dan anggota keluarganya telah meraih sejumlah lebih 40 juta yuan dalam bentuk rasuah dan ganjaran hasil dari urusan hartanah dan pembinaan, kelulusan keselamatan, pinjaman bank dan kenaikan pangkat, menurut mahkamah lagi. – AP