Rasuah: Calon CONCACAF dilarang tanding presiden

Rasuah: Calon CONCACAF dilarang tanding presiden

LOS ANGELES, 14 April (AFP) – Calon induk bola sepak di Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF) yang tercemar dengan skandal, telah dilarang daripada bertanding untuk calon presiden pertubuhan berikutan latar belakang yang diperiksa oleh FIFA, kata kenyataan Selasa lalu.

Pegawai Antigua dan Barbuda, Gordon Derrick memilih presiden CONCACAF, tumpuan skandal rasuah global yang melanda dunia bola sepak sejak Mei tahun lepas.

Domenico Scala, pengerusi audit dan jawatankuasa pematuhan FIFA, berkata dalam kenyataan, Derrick dihalang daripada bertanding merebut jawatan selepas satu siasatan.

“Jawatankuasa Pematuhan dan Audit menyatakan seorang calon, Gordon Derrick dari Antigua dan Barbuda, tidak dimasukkan sebagai calon pejabat Presiden CONCACAF mahu pun naib presiden FIFA serta Majlis FIFA,” kata Scala.

“Bagi alasan peribadi kami tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan maklumat lanjut berhubung keputusan ini. Orang yang terbabit telah dimaklumkan.”

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas CONCACAF mengeluarkan kenyataan mengumumkan calon bagi berbilang kedudukan di dalam pertubuhan itu.

Derrick, yang mengumumkan hasratnya untuk bertandingan jawatan presiden awal tahun ini, tidak dimasukkan dalam senarai calon, yang sekarang hanya terdiri daripada dua calon, Persekutuan Bola Sepak Kanada, Victor Montagliani dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Bermuda, Larry Mussenden.

Jawatan presiden CONCACAF menjadi piala rebutan penguasa bola sepak. Tiga presiden terbaru CONCACAF sedang menghadapi dakwaan rasuah.

Presiden lama CONCACAF, Jack Warner dari Trinidad and Tobago, pada masa ini berjuang menentang ekstradisi ke AS selepas dilibatkan bagi konspirasi dan kegiatan haram.