Rasuah: KSU d...

Rasuah: KSU ditahan SPRM

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian di kediamannya di USJ, Subang Jaya, di sini hari ini kerana disyaki terlibat rasuah.

Menurut sumber SPRM, suspek bergelar ‘Datuk’ dan berumur 59 tahun itu ditahan kira-kira 8 pagi tadi dan dibawa ke Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Suspek ditahan kerana menggunakan kedudukannya untuk menyalahgunakan kuasa dan mengambil rasuah,” kata sumber itu kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata SPRM sedang membuat siasatan lanjut di kediaman suspek. Azam enggan mengulas ketika ditanya identiti KSU berkenaan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA