Rasuah: Lelaki warga Malaysia dipenjara

Rasuah: Lelaki warga Malaysia dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas dua kesalahan menawarkan rasuah kepada pegawai kastam.

Tan Hie Kiong disabit bersalah kerana menawarkan rasuah berjumlah $3,000 kepada seorang pegawai kastam yang bertugas di Pos Kawalan Kuala Lurah sebagai ganjaran untuk tidak mengambil tindakan kerana memiliki rokok yang tidak diisytiharkan, pada 10 September 2015.

Tertuduh pada hari yang sama, juga didakwa menawarkan seorang lagi pegawai kastam sejumlah wang sebagai ganjaran untuk melupuskan rokok-rokok yang tidak diisytiharkan itu supaya tidak ada tindakan diambil terhadapnya.

mahkamah

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman terhadap tertuduh berkuat kuasa 29 Mac 2016.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Zuraidah binti Haji Sidek.