Rasuah: Mahkamah putuskan Zuma boleh didakwa

Rasuah: Mahkamah putuskan Zuma boleh didakwa

JOHANNESBURG, 24 Jun (AFP) – Sebuah mahkamah Afrika Selatan hari ini menolak cubaan Presiden Jacob Zuma untuk membuat rayuan terhadap keputusan bahawa dia perlu menghadapi hampir 800 tuduhan rasuah, yang sememangnya sudah berhadapan tekanan terhadap pimpinannya yang dilanda masalah.

Zuma telah cuba untuk membatalkan perintah mahkamah pada bulan April bahawa Pihak Berkuasa Pendakwaan Kebangsaan (NPA) perlu mengembalikan semula dakwaan yang digugurkan pada tahun 2009 tidak lama sebelum beliau memegang tampuk kuasa.

Pertuduhan itu adalah berkaitan dengan dakwaan rasuah, penipuan, pengubahan wang haram lebih multi-bilion dolar dan penipuan perjanjian senjata.

Gambar fail yang diambil pada 16 April, 2015 menunjukkan Jacob Zuma menjawab soalan daripada pihak pembangkang di Parlimen Afrika Selatan di Cape Town. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 16 April, 2015 menunjukkan Jacob Zuma menjawab soalan daripada pihak pembangkang di Parlimen Afrika Selatan di Cape Town. – AFP

Beliau didakwa terlibat dalam beberapa skandal rasuah semasa memegang jawatan dan ianya berkekalan sehingga menimbulkan kritikan yang semakin meningkat terhadap rekod pengangguran Afrika Selatan dan kadar pertumbuhan yang lemah.

“Kami serius mempertimbangkan sama ada rayuan itu akan mempunyai prospek kejayaan yang munasabah dan membawa kesimpulan tidak ada merit dalam hujah,” Hakim Aubrey Ledwaba memberitahu Mahkamah Tinggi di Pretoria.

“Permohonan untuk kebenaran merayu … diberhentikan.”

ARTIKEL YANG SAMA