Rasuah: Menteri Jepun letak jawatan

Rasuah: Menteri Jepun letak jawatan

TOKYO, 28 Jan – Menteri ekonomi Jepun meletak jawatan hari ini berhubung skandal rasuah, menjadi pukulan hebat kepada Perdana Menteri Shinzo Abe ketika dia diharapkan untuk membina sokongan bagi satu perjanjian perdagangan besar dan perubahan kepada perlembagaan negara.

Peletakan jawatan Akira Amari yang mengejutkan itu muncul seminggu selepas ahli politik veteran telah dihambat dengan dakwaan dalam majalah mingguan bahawa dia dan kakitangannya secara tidak wajar menerima rasuah sekitar 12 juta yen (AS101,000) dari sebuah firma pembinaan.

Hari ini, Amari – orang penting dalam pakatan perdagangan bebas seluas Pasifik dan wajah penting dalam bidaan Abe untuk mengatasi zaman kemelesetan ekonomi Jepun berdekad lamanya – meminta maaf bagi skandal namun menafikan dakwaan yang dia mengambil wang tersebut.

“Jika ia betul, ia akan menjatuhkan maruah saya bukan hanya sebagai seorang ahli politik namun juga sebagai seorang manusia – Saya tidak mungkin akan melakukannya,” Amari berusia 66 tahun itu memberitahu sidang berita yang disiarkan dalam televisyen dengan linangan air mata.

Namun “mempertimbangkan tanggungjawab saya sebagai anggota parlimen yang perlu menyelia setiausaha saya, tugas saya sebagai anggota kabinet dan maruah saya sebagai seorang ahli politik, saya akan meletak jawatan bermula hari ini.”

Amari mengakui sampul berisi wang tunai telah sampai di pejabatnya, namun mengatakan dia mengarahkan setiausahanya untuk menangani beberapa daripada wang berkenaan menurut peraturan derma politik. –AFP

ARTIKEL YANG SAMA