Rasuah: Pengarah, dua kontraktor direman di Labuan

Rasuah: Pengarah, dua kontraktor direman di Labuan

LABUAN, 22 Nov – Seorang pengarah agensi kerajaan persekutuan di Labuan dan dua kontraktor ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan medan selera berharga RM12 juta di Tg Purun di sini.

Pengarah berusia 59 tahun dan kedua-dua kontraktor itu, masing-masing berumur lingkungan 40-an, diperintah supaya ditahan reman selepas mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Haizah Tamin membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman ketiga-tiga mereka selama tujuh hari.

SPRM membekukan 12 bank akaun pengarah itu membabitkan jumlah RM899,000 iaitu sebahagian daripada berjuta-juta ringgit yang dipercayai diraih menerusi rasuah.

Pengarah itu ditahan pada Isnin kira-kira 11:50 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya, manakala dua kontraktor itu ditahan pada 6:30 petang di pejabat SPRM Labuan. Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – Bernama

Dua kontraktor dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan untuk mendapatkan perintah reman, kelmarin. Seorang pengarah agensi kerajaan persekutuan di Labuan dan dua kontraktor itu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan medan selera berharga RM12 juta. – Bernama