Ratib Al-Attas sebagai amalan

Ratib Al-Attas sebagai amalan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun, Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama, masjid-masjid Zon 1A Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, semalam telah mengadakan Majlis Membaca Ratib Al-Attas dan Dikir Marhaban di masjid tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Majlis bertujuan untuk memakmurkan masjid dengan pelbagai aktiviti berfaedah di samping mengeratkan lagi silaturahim dan persaudaraan sesama jemaah masjid dan seterusnya menjalinkan hubungan antara para jemaah masjid-masjid Zon 1A Daerah Brunei dan Muara dan juga sesama pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Ratib Al-Attas mendatangkan banyak faedah bagi setiap umat Islam yang mengamalkannya antaranya dipelihara oleh Allah Subahanahu Wata’ala daripada terkena sihir serta terlindung daripada penyakit dan bala.

Dato Paduka Haji Abdul Mokti pada Majlis Membaca Ratib Al-Attas dan Dikir Marhaban bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun.
Dato Paduka Haji Abdul Mokti pada Majlis Membaca Ratib Al-Attas dan Dikir Marhaban bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun.

Antara lain faedahnya juga, boleh membawa keamanan dan keselamatan bagi rumah tangga dan penghuninya daripada kebakaran, kecurian dan sebagainya iaitu dengan berkat ayat-ayat Al-Quran Asma Allah dan zikir yang terkandung dalam ratib tersebut.

Ratib dibaca sesudah Solat Fardu Maghrib dan Subuh dan juga jika ada perkara mustahak, maka hendaklah dibaca sebanyak 40 kali pada suatu majlis iaitu dengan menghimpunkan jemaah yang tidak kurang daripada 40 orang untuk membaca bersama, sama ada pada waktu malam selepas Maghrib atau Isyak, ataupun waktu siang, Insya Allah perkara yang dihajatkan itu akan termakbul dan terlaksana dengan izin Allah Subhanahu Wata’ala jua.

ARTIKEL YANG SAMA